mohd adib bin abu bakar
a152043
  • Home
  • refleksi saya
  • tugasan
  • biodata diri

TUGASAN 1

Fungsi komputer sebagai "ALAT","guru dan pelajar"


Fungsi komputer sebagai "ALAT"

 Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).


Antara fungsi komputer sebagai alat, guru, dan pelajar ialah :
  • penggunaan komputer turut membantu menarik minat dan motivasi pelajar.
  • membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar dengan lebih berkesan.
  • membantu meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar


Komputer sebagai "GURU" :

Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan komputer dan justeru itu,penggunaan komputer dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan. Kita kini dikatakanberada dalam satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpasempadan, IT, ICT, e, K, siber, global, sinergi, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagiistilah yang sekiranya gagal untuk difahami menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain. 

Pendapat Visscher (1996) tersebut telah menyokong dapatan penyelidikan Computers inEducation Studies (COMPED) yang dijalankan oleh Pelgrum dan Plomp (dalam Ahmad RafeeChe Kasim, 1998). Penyelidikan anjuran The International Association for the Evaluation ofEducational Achievement di 22 buah negara mendapati bahawa sekolah yang menggunakan komputer dalam urusan pentadbiran menunjukkan peningkatan dalam keberkesanan dan
kecekapan pengurusan sekolah.Johnson (1996) telah menyenaraikan tiga kegunaan komputer dalam sektor pendidikan.Menurut beliau, komputer dalam pendidikan digunakan (a) untuk meningkatkan aktiviti-aktivitiserta kualiti pengajaran dan pembelajaran, (b) untuk mengautomasikan proses pengajaran dan
pembelajaran, dan (c) sebagai alat untuk memproses maklumat untuk tujuan meningkatkan produktiviti. 

Peranan penggunaan komputer dalam pendidikan menurut Taylor (dalam Barta, 1995)boleh dikelaskan kepada tiga bentuk iaitu (a) komputer sebagai tool, (b) komputer sebagai tutor,dan (c) komputer sebagai tutee. Sebagai tool, komputer membantu guru atau pelajar dalam
membuat sesuatu tugasan. Antara perisian yang tergolong dalam kategori ini ialah pemprosesanperkataan, hamparan eletronik, persembahan, pangkalan data, grafik, telekomunikasi, danpenerbitan meja. Sebagai tutor, komputer berperanan mengajar pelajar. Perisian yang terlibat
ialah yang berbentuk tutorial, latih tubi, simulasi, permainan berbentuk pembelajaran, danperisian penyelesaian masalah. Sementara komputer sebagai tutee, pelajar mengarah komputerdengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti logo, BASIC, dan Pascal untuk melakukan sesuatu perkara. 

 aktiviti-aktiviti berbentuk pengurusan dan pentadbiran. Penyelidikan oleh Mohd. Al-ShaariMohd. Ramli (1995) mendapati bahawa selain untuk pengajaran dan pembelajaran, komputerdigunakan untuk (a) urusan penulisan atau taip menaip, (b) perakaunan sekolah, (c) pengurusan
pangkalan data, (d) penyediaan bahan pameran, (e) berhubung melalui mel eletronik, dan (f)menganalisis pencapaian akademik pelajar.
Abdul Razak Hamdan (2000) telah mengemukakan beberapa alasan tentang peripentingnya penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan pendidikanmasa kini. Sebagaipengendali maklumat, teknologi maklumat boleh melaksanakan sekurang-kurangnya enam
fungsi utama iaitu pengumpulan, pemprosesan, penjanaan, penyimpanan, mengakses semula,dan penghantaran. Disamping itu, teknologi maklumat amat bermanfaat kerana kerja-kerja boleh dilakukan dengan lebih pantas, konsisten, jitu, dan berkeupayaan tinggi. 

DIPETIK DARI :  Ahmad Fauzi bin Mohamed


Komputer sebagai "PELAJAR" :


Pertama, komputer merupakan jambatan uang menghubungkan para pelajar dengan internet. Internet telah dikenali sebai pemangkin utama dalam membantu para pelajar ketika menimba ilmu. Malah, ia juga dikenali sebagai gedung kepada semua ilmu pengetahuan. Menerusi internet, para pelajar boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan masa yang singkat. Mereka juga tidak perlu ke perpustakaan untuk mendapat ilmu pengetahuan. Apa yang yang membantu para pelajar dalam pendidikan ialah komputer dapat berkhidmat dengan pantas untuk mendapatkat maklumat. Mendapatkan matlumat dengan pantas juga merupakan faktor penting dalam menetukan kejayaan seseorang pelajar. Ini kerena pelajar hari ini menghadapi persaingan yang sengit dalam usahanya untuk mendapat markah terbaik.

Selain daripada itu, komputer juga berperanan dalam mempercepatkan proses pembelajaran. Dengan tercipta program pendidikan dalam bentuk cakera padat, para pelajar dapat dibantu dalam memahami sesuatu perkara yang sukar difahamkan. Cakera padat dapat yang berorientasikan pendidikan dicipata dengan tujuan membantu para pelajar dalam memperbaiki tahap pemahaman mereka mengenai topik-topik yang dipelajari di dalam kelas. Cakera padat ini hanya boleh digunakan menerusi komputer. Contohnya, baru-baru ini kementerian Pendidikan telah mengeluarkan cakera padat bertajuk ‘Little Rede Dot’. Cakera padat ini dicipta untuk mengajar pelajar Singapura mengenai bagaimana Singapura dapat mengekalkan daya saingnya di dalam era globalisasi yang penuh pancaroba. Menerusi program ini, para pelajar dapat manfaat daripada kegunaan komputer dari segi mempercepatkan proses pembelajaran.

Kesimpulannya, kegunaan komputer telah banayk memberi manfaat kepada pelajar. Walaupun kos pembelanjaan komputer amat tinggi, ini tidak boleh dijadikan alsan kenapa para pelajar tidak mahu menggunkan komputer. Di samping itu, ibu bapa yang mempunyai pandangan serong terhadpa komputer. Meraka bimbang anak-anak mereka menyalahgunaan komputer. Walaubagaimanpun, ibu bapa haruslah mengawasi anak-anak mereka supaya mereka mendapat manfaat yang baik.



TUGASAN KE-2

Learning Management System (LMS) and Course Management System (CMS)



 Definisi (LMS)


Sistem Pengurusan Pembelajaran adalah lebih dikenali sebagai Learning Management System(LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi dan laporan program latihan,kelas serta aktivitid alam talian dan program e-learning. LMS boleh dibahagikan kepada dua kategori,iaitu ‘proprietary’ dan ‘open source’. Contoh LMS ‘proprietary’ yang biasa digunakanialah ‘Blackboard’ manakala contoh bagi LMS ‘open source’ pula ialah ‘Moodle’. Moodle digunakan secara meluas kerana ia adalah percuma dan boleh di ubahsuai.

Bagaimana LMS digunakan ????

LMS digunakan untuk merancang e-Bahan,mengesan pencapaian pelajar dan mengesan status penggunaan pengguna.Selain itu,LMS harus dapat melakukan pekara-pekara berikut,antaranya adalah:

o   Memusatkan strategi pembelajaran
o   Memasang dan menyampaikan kandungan pembelajaran dengan cepat
o   Menggabungkan inisiatif latihan pada platform berasaskan web yang berskala
o   Menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.


Contoh perisisan (LMS) :

* aTutor : http://www.atutor.ca/

* Moodle : http://moodle.org/

* WordPress LMS: http://www.learndash.com/faqs/


Difinisi (CMS)

Sistem Pengurusan Kandungan atau lebih dikenali sebagai Content Management System (CMS) adalah program komputer yang membolehkan kita membuat penerbitan, penyuntingan dan mengubahsuai kandungan di laman web serta penyelenggaraan yang mudah dilakukan yang disediakan oleh Laman Web CMS. Sistem pengurusan kandungan menyediakan kemudahan untuk menguruskan kandungan kerja di laman web yang kita bangunkan menggunakan CMS ini.Sebagai contoh, CMS yang kerap digunakan ialah Wordpress. Wordpress membolehkan kita membuat penulisan blog, mudah untuk menyimpan video kelaman web, gambar, berkongsi berita dengan lebih kompleks, dan pelbaga ilagi fungsi yang boleh dilakukan CMS ini.Jadi, dengan CMS ini anda boleh menghasilkan Blog sendiri, gudang atau laman    e-dagang sendiri, laman web peribadi, laman web syarikat dan pelbagai jenis laman web lagi.

Bagaimana CMS digunakan ???


CMS boleh digunakan samada secara percuma ataupun memerlukan wang keluar sedikit dari poket . Jika  ingin membangunkan laman seperti blog secara percuma,ianya  hanya perlu mendaftar dan membuka akaun di laman web yang menyediakan CMS.Tapi jika ingin membangunkan laman web seperti kedai online ataupun yang lebih professional lagi, ianya perlulah menggunakan servis untuk domain hosting dan Web hosting. Dengan adanya domain hosting dan web hosting, ianya boleh mempunyai nama domain dan data base sendiri tetapi segala kerja akan  dilakukan di laman web CMS.


Contoh perisian CMS :

a.      Drupala
b.      Joomla
c.      WordPress

Perbezaan antara LMS dan CMS::

    LMS :         Merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi dan laporan program latihan,kelas serta aktiviti dalam talian,e-learning program dan kadar latihan.

   CMS :    Adalah program komputer yang membolehkan kita membuat penerbitan, penyuntingan dan mengubahsuai kandungan di laman web serta penyelenggaraan yang mudah dilakukan yang disediakan oleh laman web cms.





TUGASAN KE-3  (minggu ke-4)

Etika Dalam Penggunaan Internet Dan Media Sosial


Etika bermaksud nilai yang berkenaan dengan akhlak,tatacara (adat sopan santun) mengenai benar atau salah.Penggunaan Internet dan Media Sosial dalam konteks yang lebih luas merangkumi semua aspek yang berhubungan dengan mesin dan teknik yang digunakan untuk menangkap,menyimpan,memanipulasi,menghantarkan dan menampilkan sesuatu dalam bentuk informasi.Komputer yang mengendalikan semua bentuk idea dan informasi memainkan peranan penting dalam pengumpulan,pemprosesan,penyimpanan dan penyebaran informasi
suara gmbar,teks,dan angka yang berasaskan mikro elektronik.

Garis panduan Etika Dalam Penggunaan Internet dan Media Sosial ini bertujuan untuk menerangkan tatacara,peraturan dan kawalan kandungan media sosial yang perlu dipatuhi iaitu:
 
*(a). penyebaran dan perkongsian maklumat adlah terkawal
*(b). maklumat yang dipaparkan tidak akan menjejaskan kepentingan orang lain
*(c). menggelakkan isu salah laku dan penyebaran maklumat tidak beretika 
*(d). memastikan maklumat yang disampaikan adalah jelas dan tepat

Tanggungjawab untuk menggunakan internet secara rasional terletak diatas abhu masing-masing.Manfaatkan faedahnya tanpa disalahgunakan.Oleh hal demikian,terdapatnya kesan positif dan juga negatif hasil daripada penggunaan internet dan media sosial.
Antaranya ialah:
 
1.Kesan Positif penggunaan internet dan media sosial:

*Penguasaan bahasa
*mendapat maklumat
*menjimatkan kos dan masa
*hiburan
*peluang perniagaan
*medim bersuara
*alat komunikasi
*e-learning

2.Kesan negatif penggunaan Internet dan media sosial:

*bebas melayari laman lucah
*kurang fokus pada pelajaran
*menyemai sikap malas
*terdedah kepada jenayah siber
*menjejaskan keharmonian dan perpaduan
*tertipu dengan kes-kes jenayah siber

SEKIAN,TERIMA KASIH.

KUMPULAN SR2:
MOHD ADIB BIN ABU BAKAR (A152043)
FAIZ HANIF BIN ADNAN (A152047)








TUGASAN KE-3 (MINGGU KE-5)

 

PRINSIP CASPER:
C: contrast (perbezaan yang ketara)
A:alignment (susunan yang lurus)
S:simplicity (mudah)
P:proximity (berhampiran)
E:emphasis (penekanan)
R:repetetion (pengulangan)


CASPER merupakan satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti grafik,teks,animasi dan video.Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik dan dapat meransang perhatian minat pengguna terhadap persembahan.


KELEBIHAN :

*1. Membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan
*2.Membezakan dua item yang berlainan
*3.Menambahkan tarikkan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk


/uploads/4/0/1/5/40155885/untitled_presentation.pptx


TUGASAN KE-4 (MINGGU KE-6)

Penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih mendalam mengenai sesuatu perkara.Penyelidikan didefinasikan sebagai penyiasatan secara bijak meluas mengenai sesuatu perkara dengan bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan.


proses-proses untuk membuat soal selidik:

1.Merancang :sebelum melakukan kajian,penyelidikan perlu membuat perancangan.
2.Tentukan aktiviti dan tempoh masa perlaksanaan bagi manangani masalahyang dikenalpasti.
3.Memastikan langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti.
4.Tentukan langkah dan cara penilaian yang akan dijalankan
5.Analisa keputusan dan mereflek keberkesanan kerja yang dilakukan
6.Penyelidikan melaksanakan rancangan mengikut apa yang dirancang
7.Pengumpulan maklumat boleh dilakukan melalui temubual,soal selidik,dan latihan serta analisis dokumen.
8.Mereflek (analisa):reflek adalah untuk mentafsir kerja yang dilaksanakan.

Di sini saya telah menyiapkan soal selidik.
link:
https://docs.google.com/forms/d/1STH5BV6tdbZanQeZ28mWt6IKbLRy6bGxrwPzJkPfPpA/viewform?usp=send_form
etika_dalam_penggunaan_internet__media_sosial.html
File Size: 31 kb
File Type: html
Download File




TUGASAN KE-5 (minggu 8)

Laporan Soal Selidik....


Analisis data soal selidik yang dilakukan berdasarkan soalan yang telah diberikan oleh Dr.Siti Fatimah iaitu berkenann dengan tajuk ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEDIA SOSIAL.

Disini saya sertakan laporan soal selidik saya:

laporan_soal_selidik.docx
File Size: 101 kb
File Type: docx
Download File



TUGASAN KE-6 



Picture
Picture

TUGASAN 7

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
Photo used under Creative Commons from Kieran Clarke